1967–kini: Pusaka Walt_Disney

Meneruskan wawasan

Plak di pintu masuk yang memaktubkan semangat Disneyland yang diingini oleh Walt Disney: meninggalkan realiti, memasuki fantasi.

Selepas pemergian Walt Disney, Roy Disney menguasai sepenuhnya Walt Disney Productions dan WED Enterprises. Pada bulan Oktober 1967, keluarga Disney bertemu di Cinderella Castle di Magic Kingdom untuk merasmikan Walt Disney World Resort.

Setelah memberi ucapannya di Walt Disney World, Roy meminta Lillian untuk tampil bersamanya. Sewaktu orkestra mendendangkan lagu "When You Wish Upon a Star", beliau menaiki pentas dengan diiringi Mickey Mouse. Kemudian Roy berkata, "Lilly, awak tahu akan segala idea dan harapan Walt seperti mana yang diketahui sesiapa; agaknya apakah pendapat Walt akannya [Walt Disney World]?". "Saya rasa Walt pasti merestuinya," jawab Lillian.[78] Roy meninggal dunia akibat pendarahan otak pada 20 Disember 1971, iaitu hari beliau sepatutnya membuka Disneyland Christmas Parade.

Setem pos AS (1968).

Dalam fasa kedua taman tema "Walt Disney World", konsep EPCOT dizahirkan oleh pewaris Disney sebagai EPCOT Center, yang dibuka pada tahun 1982. Kini, EPCOT merupakan pesta dunia hidup yang berbeza dari kota kediaman yang diimpikan oleh Disney. Pada tahun 1992, Walt Disney Imagineering melangkah maju ke arah wawasan Walt dan mendedikasikan bandar Celebration, yang dibina oleh syarikat Disney berhampiran Walt Disney World di negeri Florida kepada semangat EPCOT. EPCOT juga sepatutnya tidak didiami watak-watak Disney tetapi dasar ini diubah oleh pihak syarikat agar mudah menarik pengunjung muda.

Empayar hiburan Disney

Kini, perniagaan studio filem dan animasi serta taman-taman tema Walt Disney telah berkembang menjadi sebuah perbadanan televisyen, perfileman, destinasi pelancongan dan media berbilion-bilion dolar yang membawa namanya. The Walt Disney Company kini memiliki, antara lainnya, lima resort percutian, sebelas taman tema, dua taman air, 39 hotel, lapan studio filem, enam label rakaman, sebelas rangkaian televisyen kabel, dan sebuah rangkaian televisyen terestrial. Pada tahun 2007, syarikat Walt Disney meraih pendapatan tahunan melebihi AS$ 35 bilion.[79]

Animasi Disney terkini

Walt Disney merupakan seorang pelopor dalam bidang animasi watak. Beliau merupakan antara tokoh-tokoh terawal yang berganjak dari kartun-kartun ringkas yang menampilkan "jenaka pelik-pelik yang mustahil" dan watak-watak yang dilukis secara kasar, ke suatu bentuk seni dengan kisah-kisah yang menyayat hati dan watak-watak yang boleh didekati penonton dengan penuh perasaan. Keperibadian yang dipamerkan dalam watak-watak filemnya serta kemajuan teknologi masih berpengaruh dalam animasi zaman sekarang. Beliau juga dianggap oleh ramai rakan sekerjanya sebagai tukang cerita yang berkepakaran tetapi bahagian animasinya ligat dengan kematiannya sehingga pada akhir 1980-an ketika bermulanya zaman Disney Renaissance. Antara filem-filem yang paling lumayan dan disambut hangat ketika ini ialah Who Framed Roger Rabbit (1988), The Little Mermaid (1989), Beauty and the Beast (1991), Aladdin (1992) dan The Lion King (1994). Pada tahun 1995, Walt Disney Pictures mengedar filem Toy Story buatan Pixar, iaitu filem cetera animasi komputer yang tersulung. Anak saudara Walt Disney, Roy E. Disney berpendapat bahawa Walt pasti menyukai Toy Story kerana filem itu menepati citarasanya.[80].


Kesan kebangkitan filem animasi komputer, filem-filem animasi tradisional lukisan insani semakin kurang mendapat sambutan pada awal 2000-an, menyebabkan syarikat Disney mengambil keputusan yang gempar untuk menutup bahagian animasi tradisional, menyebabkan ratusan kakitangan kehilangan pekerjaan. Dua studio satelit di Paris dan Orlando ditutup, sementara studio utama di Burbank ditukar kepada kemudahan penerbitan animasi komputer. Pada tahun 2004, Disney mengeluarkan filem yang diuar-uarkan sebagai dilem cetera "animasi tradisional" yang terakhir, iaitu Home on the Range. Bagaimanapun, semenjak Disney membeli Pixar pada tahun 2006 sementara John Lasseter dilantik sebagai Ketua Pegawai Kreatif, pendirian tersebut telah diubah dengan keluarnya filem The Princess and the Frog yang disambut baik pada tahun 2009, sekaligus menandakan kembalinya Disney kepada animasi tradisional dan pengambilan semula khidmat kakitangan yang dilucutkan terdahulu. Kini, Disney menghasilkan animasi tradisional dan komputer sekali.

Rujukan

WikiPedia: Walt_Disney http://www.mbam.qc.ca/disney/index_en.html http://www.allacademic.com/meta/p114070_index.html http://www.anaheimwalkofstars.com/index.php http://www.animationusa.com/resources/aboutdisney.... http://www.animationusa.com/resources/aboutwb.html http://www.awn.com/mag/issue2.4/AWNMag2.4.pdf http://www.bcdb.com/bcdb/cartoon.cgi?film=15&m=r http://www.britannica.com/eb/article-9096160/Donal... http://www.britannica.com/eb/article-9106382/Fleis... http://www.findagrave.com/cgi-bin/fg.cgi?page=gr&G...